Cabaran X @ Sekolah Rendah Qifa

Posted by Cak Cak Kuti on

Recently, Cak Cak Kuti had the honour of conducting our first educational programme since the launch on Semester 2 2015 at Qifa Primary School. We were chosen to be a part of the school's Mother Tongue Language Fortnight. The Amazing Race program was conducted in the Malay Language for the Primary 5 Malay students. Judging from the testimonials and happy faces, we know that the program has reached its objective in inculcating the love of the language in a fun and engaging way.

Read more about the experience and view the pictures in the blog post below.

***

Cak Cak Kuti baru melancarkan program-program pendidikan pada penggal kedua 2015. Kami berbesar hati kerana telah dipilih pihak Jabatan Bahasa Melayu Qifa untuk mengendalikan program-program kami di sekolah tersebut baru-baru ini.

Sempena Dwi-minggu Bahasa Ibunda (MTL Fortnight), Cak Cak Kuti telah menjalankan dua program menarik bagi murid-murid darjah 3 dan 5. Ayuh lihat aksi murid-murid Qifa berseronok sambil belajar bersama Cak Cak Kuti!

20 July 2015 - Cabaran X

Permulaan permainan Cabaran X.

Murid-murid terbahagi kepada kumpulan dan setiap kumpulan dikehendaki menyelesaikan cabaran di setiap stesen. Cabaran X menguji kepintaran dan kepantasan murid-murid dalam menyelesaikan cabaran bahasa, budaya dan permainan Melayu.

Seorang murid mencuba kemahiran mancampakkan bola pada sasarannya dalam permainan Bola Tin di salah sebuah stesen Cabaran X.

Di stesen ini, murid-murid mempelajari cara membuat bunga rampai yang menjadi suatu kewajipan dalam acara-acara keramian kaum Melayu.

Tanpa daya penglihatan, dapatkah rakan-rakan murid ini bantu mencapai kantung misteri?

Apakah agaknya yang diisyaratkan murid ini ya?

Murid-murid Darjah 5 Qifa yang berjaya menyahut Cabaran X.

Melalui program pendidikan ini, murid-murid dapat memperkaya bahasa dan budaya Melayu sambil berseronok.

Terima kasih para guru dan murid Sekolah Rendah Qifa. Sehingga kita bertemu lagi!

Untuk dapatkan maklumat lanjut mengenai Cabaran X atau program-program pendidikan yang kami jalankan, sila ke lelaman kami atau emel kami di sales@cakcakkuti.com.

x Cak Cak Kuti x